August 24, 2010

Mekap Untuk Mata - Video Tutorial

Saya memang tak pandai nak pakai mekap-mekap nie..tapi teringin le gak nak try untuk raya nie..so cari-cari dlm youtube..jumpa video nie..jom..lets share..


video

August 22, 2010

Surat PIN Google Adsense

Pandangan dari belakang surat


Yahoo..! Dah dapat PIN no untuk akaun Google Adsense!! Tak sabo nak memasukkan no code tu..Agaknye appeal ari tu diterima kot hehe....

Sekali bukak2 huh! hampeh belaka....Google dah reply appeal email hari tu.

Dia ckp : "Thank you for your appeal. We appreciate the additional information you've provided, as well as your continued interest in the AdSense program. However, after thoroughly re-reviewing your account data and taking your feedback into consideration, our specialists have confirmed that we're unable to reinstate your AdSense account." ...kuang..kuang..kuang!!

Dah le minah ko simpan je lah surat tu buat bungkus tempe ke ikan kering pekasam ke ..Xde maknenye lg.. Motif kisah ni adalah : kalau akaun korg dh kena ban tu x payah la nak merayu ke apa, buat je lah akaun baru ok.

August 20, 2010

Himpunan mudah disuai padan

Rekaan Najjah dihasilkan dengan mengambil kira ciri-ciri sebenar busana Muslimah selain praktikal digayakan.

SERING kali wanita mudah bosan dengan pakaian sedia ada dalam gerobok mereka. Ramai wanita inginkan kelainan dalam penampilan setiap hari.

Ada yang gemar membeli pakaian baru dan ada pula menyuai padan himpunan yang ada.

Bagi wanita Muslimah, himpunan yang mudah disuai padan jarang diperoleh disebabkan tidak banyak butik menyediakannya.

Menyedari keinginan wanita yang ingin tampil berbeza dalam setiap acara, mendorong personaliti TV9, Farah Adeeba Mohamed Ashraf menghasilkan himpunan Najjah yang dijual menerusi dalam talian www.najjah.com manakala Butik Najjah akan dibuka Ogos ini di Kota Damansara.

Najjah benar-benar memenuhi kehendak wanita Muslimah yang inginkan gaya menutup aurat sepenuhnya. Pakaian disediakan berukuran besar, labuh dan tidak jarang.

"Saya sendiri sukar memilih pakaian menepati ciri wanita Muslimah. Sebab itu saya tampil dengan himpunan pakaian seperti jubah, gaun dan kardigan labuh, baju kurung, blaus, seluar palazo, tudung serta perhiasan yang boleh disuai padan," katanya yang sepakat membuka butik bersama seorang rakan selepas menyedari permintaan pelanggan.

Menurut Farah Adeeba, himpunan Najjah boleh disuai padan mengikut kehendak sendiri. Misalnya, blaus boleh dipakai bersama kain, seluar atau skirt labuh.

Baju kurung pula boleh dipakai bersama seluar denim kemudian dihias tali pinggang.

"Dengan cara ini pelanggan hanya perlu membeli pakaian asas yang ada di Najjah kemudian boleh disuai padan dengan pakaian sedia ada atau boleh juga mendapatkan pakaian terkini di Najjah yang pastinya sesuai untuk semua gaya," katanya.

Melihat warna pakaian, Farah Adeeba mahu menyerlahkan sesuatu yang jarang dijual di pasaran. Warna terang serta gabungan rona kontras menjadi pilihannya selain warna pastel lembut seperti hitam, putih, coklat atau kelabu.

Ini kerana warna ini sudah terlalu biasa dan sering menjadi tema berpakaian.

"Saya meminati warna lembut manakala rakan saya memilih warna terang. Jadi idea ini digabungkan dan digarap pada pakaian.

"Pasti nampak lebih moden dan versatil apabila wanita berani mengenakan gabungan pakaian merah jambu dan hijau terang," katanya.

Bagi penggemar tudung, mereka boleh memilih pelbagai rekaan dan corak tudung sama ada selendang, tudung Syria atau tudung siap dengan jahitan labuci dan manik. Kebanyakan tudung menggunakan fabrik lycra kerana lembut dan tidak panas.

"Istimewanya tudung Najjah kerana lain daripada lain. Kami menggunakan warna yang jarang dijual di pasaran. Lebih menarik apabila tudung dijahit labuci serta manik menjadikan rekaan lebih eksklusif," katanya.

Farah Adeeba sangat mementingkan kualiti serta keselesaan pelanggan justeru, fabrik serta rekaan sangat dititikberatkan.
Antara koleksi Najjah:-

ANGGUN...untuk yang berani, tampil anggun dengan gaun labuh dipadankan selendang Syria
HITAM MENAWAN... blaus hitam labuh dipadankan seluar palazo putih

SANTAI...rona merah jambu untuk tudung dan blaus dipadankan seluar hitam kembang
BAJU KURUNG... warna terang tampil menawan. Baju kurung merah jambu polos dipadankan selendang hijau
Bersesuaian dengan keadaan cuaca yang panas dan lembap, pemilihan kain kapas kemeja-T serta lycra menjadi pilihan. Untuk himpunan kasual, ia dijual pada harga RM100 ke bawah manakala himpunan eksklusif di bawah RM500.

http://www.najjah.com/ (012-2132786/013-7702739).

Source : Harian Metro
By : Siti Zarinah Sahib
16 Jul 2010
Edited by Jumperjoy


--------------------------------------------------------------------------------
Previous Page

Lengan Kembang Payung


Rekaan inovasi busana Muslimah daripada butik Sentuhan Jelita untuk Aidilfitri

Selain kesedaran dan kefahaman terhadap suruhan agama, industri fesyen Muslimah yang semakin meriah juga dikatakan menjadi pendorong utama untuk mereka beralih kepada gaya sopan.

Sehingga kini, pakaian gaya Muslimah mempunyai pengikut tersendiri sehingga mendorong penggiat fesyen untuk lebih aktif menghasilkan persalinan Muslimah selari aliran fesyen semasa.

Tiada lagi kurung longgar atau jubah labuh tanpa potongan kerana pentas gaya Muslimah kini dilihat semakin ceria dan penuh gaya.

Pemilik Butik Sentuhan Jelita, Fendi Osman, berkata Islam tidak pernah melarang umatnya bergaya asalkan ia masih dilakukan mengikut lunas yang ditetapkan agama.

"Di Sentuhan Jelita sendiri, kami sememangnya menjaga setiap produk yang dikeluarkan demi menjaga nama baik agama dan memelihara wanita Islam supaya berpakaian sopan menutup aurat.

"Justeru, walaupun rekaan yang dihasilkan tampak moden, jika diteliti, ia tetap menjaga penampilan Muslimah supaya kelihatan manis dan sopan," katanya.

Bersesuaian dengan kredibiliti jenama ini yang sudah bertapak sejak empat tahun lalu, Fendi mengakui inovasi pereka memainkan peranan penting di dalam menghasilkan busana Muslimah yang menawan.

"Terbaru adalah koleksi Aidilfitri daripada Sentuhan Jelita yang banyak mengetengahkan helaian jubah seluar dan jubah moden dengan perincian manik unik untuk digayakan pada pagi lebaran.

"Bukan hendak menafikan keindahan pakaian tradisi, tapi kami ingin mempelbagaikan fesyen Muslimah supaya kelihatan lebih stailo dan terkini," katanya.

Perincian digunakan diperbuat daripada manik Jepun dan juga tatahan kristal Swaroski yang tidak terlalu sarat pada material seperti sifon, lycra dan fabrik bercorak flora.

Sentuhan Jelita juga banyak bermain dengan inovasi pada bahagian lengan jubah dan pastinya lengan belon (puff) dan cekak (cuff) masih menjadi taruhan.

"Jubah moden dengan lengan kembang payung juga diramalkan menjadi rebutan ramai kerana gaya dramatik membuatkan ia kelihatan menawan," katanya.

Fendi berkata, menariknya di dalam koleksi jubah terbaru itu, pelanggan juga berpeluang memiliki rekaan jubah digelar Jubah Datuk Siti diperbuat daripada sifon dengan potongan garis empayar (empire line).

"Memandangkan saingan fesyen Muslimah amat sengit ketika ini, kami menukar gaya fesyen di butik setiap minggu. Selain bertujuan untuk menarik kedatangan pengunjung melalui penggayaan fesyen yang pelbagai, butik kami juga turut melakukan diskaun antara 10 hingga 50 peratus bagi barangan terpilih setiap bulan," katanya.

INFO
Butik Sentuhan Jelita
* Lokasi: No 3F-20, Tingkat 3, SACC Mall Shah Alam.
* Koleksi Aidilfitri Sentuhan Jelita boleh didapati pada harga antara RM98 hingga RM299 mulai penghujung Julai ini.
* Telefon: 03-551 24406 - Puan Junaidah



Source : Berita Harian
By : Siti Nur Almizan Aripin
16 Jul 2010
Edited by Jumperjoy

Bertudung Ala Arab










FESYEN wanita bertudung berubah seiring dengan masa. Saban hari, butik-butik Muslimah muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Masing-masing berlumba-lumba menampilkan konsep fesyen terkini dan moden tanpa menjejaskan penampilan yang sopan.
Trend tudung juga menawarkan kepelbagaian rekaan dan corak mengikut cita rasa wanita moden dan remaja yang gemarkan gaya ringkas dan funky.

"Sebelum ini wanita Malaysia lebih cenderung mengikut trend fesyen bertudung dari Indonesia yang menggunakan banyak lapisan tudung dan teknik lilitan yang sarat. Hari ini, mereka beralih pada konsep baru.

GAYA solekan dan fesyen wanita Arab cenderung menggunakan warna terang.

"Situasi ini dapat dilihat khususnya di kalangan golongan remaja yang mula mencari konsep pakaian dan padanan tudung yang ringkas tetapi tampak ranggi dan stailo. Justeru aliran fesyen wanita Iran dan Turki merupakan pilihan yang paling sesuai dan tepat," jelas pemilik Butik Feenaz, Ida Shafinaz Nazri, 27, yang memperkenalkan variasi busana dan kerudung stail wanita Timur Tengah.

Gaya wanita Iran tidak keterlaluan dan seiring dengan peredaran fesyen yang semakin moden dan trendy. Fesyen tersebut bukan sahaja sesuai digayakan ke pejabat, malah sesuai untuk gaya kasual, santai atau menghadiri kuliah.

Wanita Arab gemar menggayakan jaket labuh (trench coat) paras lutut yang memiliki taburan butang di bahagian depan baju. Begitu juga konsep jaket mengikut potongan badan dan menampilkan poket di kiri dan kanan.

KOLEKSI selendang Turki yang boleh didapati di butik Feenaz PKNS, Shah Alam.

Bukan itu sahaja, bagi memastikan penampilan mereka sentiasa kelihatan segar dan ceria bahagian kepala diberi tumpuan. Lazimnya, mereka akan padankan dengan tudung bercorak abstrak, motif flora atau warna terang.

Selendang panjang dan skaf segi empat sama paling diminati oleh wanita Arab. Memandangkan koleksi pakaian berkonsepkan polos, maka tudung bercorak adalah salah satu cara menyerikan penampilan selain memakai aksesori nuansa terang.

Kunci utama fesyen ini adalah terletak pada cara pemakaian tudung. Sebelum memakai selendang atau skaf pastikan rambut disisir ke belakang dan diikat supaya dijadikan sanggul tinggi.

Dandanan sanggul tinggi mampu membuatkan bentuk muka kelihatan bujur dan kecil. Inilah gaya yang dipraktikkan oleh wanita Arab.

Hakikatnya fesyen tudung wanita Arab lebih ringkas berbanding pemakaian tudung wanita tempatan. Biasanya mereka hanya menggunakan sebiji kerongsang untuk disematkan di bahagian leher supaya tudung tidak tertanggal.

Selebihnya lilitan tudung di bahagian belakang hanya dikemaskan dengan jarum peniti bagi mengelakkan posisi tudung berubah.
Dari segi pemilihan anak tudung pula, wanita boleh memilih serkup jenis nipis, berwarna mengikut kesesuaian baju atau anak tudung pasang siap. Wanita Arab juga kini tidak lagi tertumpu pada busana warna gelap dan suram.
Feenaz Butik beroperasi di Kompleks PKNS Shah alam dan Presint 2, Putrajaya.

Source : Kosmo
Edited by Jumperjoy

Litup Bergaya

Koleksi terkini Nuur INNAI khusus untuk Muslimah moden

KEMBARA perjalanan mampu memberikan seribu satu ilham kepada individu yang sentiasa berdaya kreatif. Justeru, tidak hairan pereka muda, Izrin Ismail mengabadikan catatan perjalanannya ke negara Asia Barat dalam sentuhan baru koleksi rekaannya.

Koleksi terkini, Nuur INNAI yang ditampilkan dan dikenali, Nomad Princess bukan saja menambat hati tetapi turut memperlihatkan luahan jiwanya terhadap kecantikan serta keanggunan wanita dalam pakaian berlitup.

Pengalaman perjalanan di Asia Barat membuatkan pengasas label yang juga Pengarah Urusan Innai itu tertarik dengan Abaya yang dipakai wanita di sana. Bagi penggemar fesyen busana Muslimah, koleksi baru yang ada kelainan dalam bergaya berlitup itu barangkali diminati kerana ada elemen keindahan, keistimewaan dan tarikan tersendiri dalam rekaan diketengahkan.

Nuur INNAI didatangkan khusus untuk wanita moden Muslim yang cintakan fesyen, tampak cantik dan mengidamkan cara pemakaian pakaian meniti gaya chic tanpa terlalu mendedahkan aurat atau menunjukkan potongan susuk tubuhnya.


Pilihan bergaya dalam Nomad Princess memaparkan busana labuh dalam fabrik selesa jersi, linen dan kain kapas yang dijadikan lapisan pada bahagian dalam, manakala keindahan luar busana itu diperhebatkan dengan jaket broket.

Selain itu, adat jumsut sutera dan celana jersi harem yang membangkitkan gaya rekaan misteri serta daya penarik eksotik bagi Asia Barat. Celana itu didatangkan dalam material lembut dan dijahit kemas bagi memperlihatkan bentuk tubuh serta dipadankan dengan sempurna bersama kot atau jaket yang berpotongan bagi memperlihatkan keanggunan si pemakai.

Keistimewaan koleksi rangkaian itu boleh disimpulkan dengan tiga perkataan - baru, khusus dan klasik. Ketiga-tiga itu menyatakan asas gaya yang diberikan sentuhan kontemporari seperti lapisan, tekstur dan mudah pada cetak etnik serta bermain antara batas terhadap pakaian Islam.

Apa yang pasti, koleksi baru itu mengutamakan pengembara wanita Muslim canggih mengambil berat terhadap fesyen dan pada masa yang sama sentiasa mengutamakan etika pakaian seorang Islam. Dalam erti kata lain, wanita itu sentiasa tampak cantik sebelum setiap mata orang lain memandang dan yang lebih penting, tampil sempurna dan memenuhi tuntutan agama.

Koleksi itu berharga dari RM600 bagi blaus, RM1,000 untuk jumpsut dan RM2,000 bagi jaket broket. Semua koleksi berkenaan hanya boleh didapati di butik Nuur INNAI.

INFO Butik INNAI

Lokasi: Sri Hartamas, G-0-12, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Kuala Lumpur.
Nombor telefon: 03-62031955
Lokasi kedua: Lot 7, Ground Floor, Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Nombor telefon: 03-42603184

Source : Berita Harian
By : Nor Affizar Ibrahim
30 Jul 2010
Edited by Jumperjoy

August 19, 2010

Sains dan Teknologi

Best giler lawak Pak Hamid Gurkha & Datuk Jamali Shadat....saya minat betul ngan diaorg..lawak diaorg memang marvellous....kalo diaorg berdua memang kira cam dynamic duo lah..hehehe...


video

SEBAB AKAUN GOOGLE ADSENSE DI BAN

Ha tgok Cik Moo tu.. cmtu la perasaan saya bila akaun adsense di ban! Tapi takpe..orang tua pesan alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan hehe.. maka saya pun bangkit dan kembali berjuang untuk menggali ilmu adsense ni. (hari tu rasa dah malas nak layan). So, after a few blog crawling, this is what i've found.

Antara sebab-sebab kenapa akaun Google adsense di ban:

1. Invalid Click/impression

a) kita klik sendiri
Google akan melihat pattern cara klik itu diperolehi. Antaranya faktornya termasuk kekerapan klik itu berlaku, lokasi klik (IP and geolocation) dan sumber traffic.

Kalau klik diperolehi dari tempat yang sama, IP mungkin berbeza tapi geographic location lebih kurang sama, di tambah lagi dengan sumber traffic yang meragukan, potensi akan kena banned adalah tinggi.

b) klik dari orang lain, termasuk klik boom pula adalah faktor diluar kawalan kita.
Untuk mengatasi masalah ini, dinasihatkan kita tidak reveal site kita yang mengandungi adsense kepada orang yang kita kurang percayai. Disamping itu, cuba active kan option "Only allow certain sites to show ads for my account". Setidaknya-tidaknya anda dapat mengawal ID adsense anda disalah guna.

2. Duplicate content

Sekiranya google menerima aduan yang anda telah menyalin atau duplicate kandungan dari site asal, akaun adsense anda akan di banned.
Anda boleh semak kandungan anda di http://copyscape.com untuk mengetahui samada anda mempunyai duplicate content atau tidak.

3. Mengubah adsense code.

Ha ni meeemang pantang larang tok nenek depa. Jangan korang pandai2 nak ubah code adsense tau.

4. Memaparkan hasil earning adsense

Berhati-hati semasa memaparkan hasil earning adsense anda untuk paparan umum.Walaupun motif kita kadang-kadang adalah untuk memberi motivasi kepada orang lain, namun beberapa maklumat dalam earning report yang kita boleh hide. Memadai sekiranya kita hanya memaparkan hasil earning daripada akaun adsense dan hide info untuk CTR dan ECPM ..... Hehe..dlm erti kata lain riak tu biorla bertempat iyek :)

5. Pornography aka lucah.
Bab ni x kan x paham kot. Yang buat keje ni bwk2 la bertaubat..Allah Maha Pengampun

6. Memaparkan iklan adsense di site yang bukan dalam bahasa Inggeris.

Walaupun kita kadang-kadang terjumpa ada iklan adsense di blog bahasa melayu, tetapi sekiranya kita rujuk di TOS, ya menyalahi peraturan Google Adsense. (Alamak!!.. cmne ni?)

7. Made for Adsense site.(MFA)

Untuk menjaga kepentingan advertiser dan kualiti site, google telah menetapkan beberapa kriteria yang dipanggil sebagai "Google's Landing Page Quality Guidelines"

Elakkan membuat site yang mengandungi 1 post/artikel untuk di combine dengan adsense ads. Risiko untuk di banned adalah tinggi kerana ia menyerupai sifat MFA. Buat artikel atau post yang berkualiti dan lebih dari satu. Malah dengan membuat lebih dari 1 post dan artikel, ia juga memberi benefit kepada anda dari segi SEO kerana anda mendominasi lebih dari satu keyword.


8. Membuka akaun adsense lebih dari satu.

Seperti orang lain, saya juga mempunyai lebih dari satu akaun untuk adsense. Kalau boleh kita jangan login dalam masa yang berdekatan dengan clear cookies setiap kali login. Walaubagaimanapun, untuk perkongsian bersama, ia tetap menyalahi TOS kerana mempunyai akaun lebih dari satu.

9. Privacy Policy

Bagi setiap site yang memaparkan iklan adsense, kita haruslah meletakkan privacy policy statement di site tersebut. Ini adalah peraturan asas. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan akaun kita di banned.

10. Encouraging click.
Hati-hati semasa meletakkan iklan adsense kerana meletakkan adsense bersebelahan dengan image adalah dilarang sama sekali kerana ia dikelaskan sebagai Encouraging click.


Tu dia..mcm2 kesalahan saya dah buat patut ler kena ban. Korang mcm mane? Kalau ada info2 tambahan sudi2 la kita berkongsi yek. Ingat pesan opah : sharing is caring ;)

p/s: TQ so much for your notes Mr Inspiration.

August 17, 2010

Cara Simpan Beg & Kasut

Orang pompuan mesti suka kumpul handbagkan...tiap kali kuar design beg baru..ngidam jek nak beli...padahal..dalam almari dah tak muat dah...dah bole buat jualan amal..hahaha...biasa la tu..saya pun sama..hehehe...saya memang suka kumpul handbag..tiap kali pegi oversea mesti beli satu buat kenang-kenangan...x kisah le jenis apa..cap ayam ke..itik ke..buaya ke..janji cantik...saya beli satu..hehehe..

Tapi bab membela nie x tahan nie..malas tul..x jaga kang, sayang lak buruk cepat beg tuh...so kena rajin-rajinkan diri le jugak..

Beg-beg saya sume saya letak dlm dust bag dan sumbat dlm beg tu penuh2 sampai ikut shape dia dengan kertas yang saya masukkan dlm plastik bag. Tujuannya supaya shape dia x lari..kang rosak plak..kemek-kemek x cantik..

Kalau kasut pun sama..saya guna shoe tree atau kertas yang saya shapekan ikut bentuk kasut tuh..

Kalo xde dust bag, ni plastik sampah biru ni pun bole jek..janji balut...so x le berabuk beg tu nanti

Ha sumbat kertas..pastu masuk dlm kotak..leceh sikit ah time nak pakai..tapi kasut x rosak


Kalo kasut jenis ada cover depan ngan blakang camni..bole guna shoe tree...mana nak cari...biasanya kat kedai repair2 kasut tu ada jual..
Ha plastik bekas cover baju dry clean pun bole gak disumbatkan...hehehe...Ni saya bagi contoh...plastik cover dry clean tu utk cover bag plak..

Senang je kan...ha bukak...
pastu sumbat....
Zip balik.... Masuk dlm dust bag...

Pastu dah bole di sorokkan dalam almari supaya laki x prasan beg kita ada banyak..hahaha..nanti baru bole beli lagi....kalo dia tau..kang diperli-perli la pulak..nak buat jualan lelong le...flea market le..apa le..hish..nyampah tul..
Orang laki memang x faham perasaan orang pompuan ni...hehehe










Doa Harian Ramadhan

Doa Hari - 1

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku … Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

Doa Hari - 2

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dari Semua Pengasih!!

Doa Hari - 3

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!

Doa Hari - 4

Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari - 5

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya’-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua
Pengasih.

Doa Hari - 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan-Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Doa Hari - 7

Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari - 8

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap

Doa Hari - 9

Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari - 10

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari - 11

Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari - 12

Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana’ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari - 13

Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari - 14

Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala’ Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari - 15

Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu’. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari - 16

Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari - 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari - 18

Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari - 19

Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pemberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari - 20

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Al-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu’min.

Doa Hari - 21

Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keredhaan- Mu. Dan Janganlah Engkau Beri Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku. Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari - 22

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untuk ku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab-Penyebab Keredhaan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari - 23

Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari - 24

Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keredhaan-
Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari - 25

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari - 26

Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari - 27

Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.

Doa Hari - 28

Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari - 29

Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu’min.

Doa Hari - 30

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian

Lawak Amoi Kecik

Semalam saya ajak amoi kecik teman saya gi kedai sbb nak beli cili hidup..hijau ngan merah tu ah..dia tengah sibuk melukis..dia cam malas agaknya nak ikut...dia ckp..."mama x yah beli cili kat kedai..kat kitchen kita dah ada banyak..kenapa mama x pakai"
Nie le gambo yang dia tengah khusyuk sangat melukis tu..

Nie pulak.... cili yang dia ckp ada banyak kat dapur tuh..ha..ada ke patut..


Sembarangan tul anak aku tuh...

Antara Kegunaan Rotan

Saya beli rotan kat rumah bukan untuk rotan amoi kecik..cuma nak takut-takutkan dia jek..tapi dia memang takut giler ngan rotan tuh..tak yah saya demo..selalu ipar duai saya tolong demokan pada dia time kami balik kampung..hehehe..so takut le dia dengan sendirinya bila tengok saya ugut-ugut nak rotan dia..dia pikir mesti cam sakit giler gitu kalo kena sebat ngan rotan sebab selalu tengok sepupu-sepupu dia sume menjerit-jerit kesakitan bila kena rotan..hahaha..tau ko takut ye..hehehe..
Amoi kecik ni kalo tengok tv...mak oi..geram aku..suka tul duduk kat depan tv tu betul-betul...kira cam muka dia tu kengkadang kena kat skrin tv..bole camtu...ha pastu kaki dia..sebelah dia sangkutkan kat atas kabinet tv tu...pose camtu sampai kengkadang sejam pun bole....pantang saya lepa..siap ah dia..pose maut tengok tv tu...saya pun heran kenapa ah dia suka sangat tengok tv dekat-dekat, macam le x nampak..kalo bole nak masuk dlm tv agaknya kot..hehehe...macam-macam kan..
Jenuhnya saya tiap kali nampak dia buat pose tuh..saya sound dia..takut-takutkan dia nanti x cantik kalo kecik-kecik dah pakai cermin mata..macam2 ayatlah...ayat menakut-nakut ngan mengugut-ngugut...Tapi dia buat jugak..nanti bila saya sound dia ckp " sori ma..x sengaja"
Pikir punya pikir, teringat kat rotan...saya letak rotan tu depan tv..dah seminggu dah...ha berkesan wei..dia bila nak buat je pose tuh..nampak rotan, x jadi..terus duduk..hehehe..bagus..bagus..






Kek Buah Kukus

Ini kek buah banyak susah mau bikin wei...banyak pening buat dia..

Tapi rasa dia...phewwiittt...berbaloi ngan kesusahan tuh..Resepi dia amik dari En. Mat Gebu..best ah..tengkiu..tengkiu..
Bahan-bahannya:-
375 g buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak)
250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik)
3 biji telur Gred A
300 g tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)
150 g gula perang (gula halus pun ok)
150 g gula pasir ( untuk gula hangus)
1 biji pala, diparut (xde buah pala..guna jek serbuk kayu manis)
30 g badam keping
Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)
Cara-caranya:-
1.Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.
2.Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.
3.Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.
4.Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.
5.Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....
6.Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
7.Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x 3 )inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
8.Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau.
9.Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.
10.Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.

Kek Belang Pelangi

Kek ni sebenarnya amik resepi dari majalah Rasa....tahun bila ntah..tak ingat plak..saya buat sebab resepi dia mudah sangat dan tak le risau takut tak jadi..bila dah masak..eh..eh..sedap la pulok..


Ha nak try korang...amik resepi nie...

Bahan-bahannya:
1 1/2 cwn gula halus
1 1/2 cwn majerin
2 sudu bsr susu pekat manis
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen rose
5 biji telur grade A
2 1/2 cwn tepung gandum
Pewarna - ikut suka..kalau resepi asal dia guna warna merah, hijau dan warna telur

Cara-caranya:-
1. Pukul gula & majerin sampai kembang
2. Masuk telur satu persatu sambil terus pukul rata
3. Masuk susu pekat & esen rose, pukul lagi
4. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder. Masuk sikit-sikit ye..pukul..masuk..pukul..ha sampai abis arr..
5. Bahagikan aduan kepada 3 bahagian..warnakan..
6. Masuk loyang dan bakar.

Ni gambo dari majalah tuh..














August 16, 2010

Sugar Paste Figurine - Kek B'day

Birthday amoi kecik tahun lepas dia minta saya buat kek ada katun Powerpuff Girl...nak jugak jugak..xleh kompromi...so mak dia kena le buat...hehehe..

Birthday girl

Bunga kat kepala lagi tuh..cam minah aloha le pulak..


Nie ha kek dia..punya le jenuh membuat patung tuh...pastu bole dia ckp..."mama...kenapa powerpuff girl tu gemuk-gemuk sumenya.."...huwaaa...terguris hatiku..uhuk..uhuk..




Tapi..xpelah..sbb lepas tuh dia ckp..."mama..u r d best mother ever"
Hoooraaayyyy





Kek Lapis Strawbery Cheese

Ni resepi amik dari blog Brother Rozzan..tapi saya lum buat lagi..nanti kalo saya rajin saya buat le ye..baru leh letak gambo..kalo malas, saya buat gak ah..buat bodo..hehehe...(lawak basi)


KEK LAPIS STRAWBERRY CHEESE

Bahan-Bahan
450 gm mentega
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
150 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlick
180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis)
1 sudu teh esen strawberry
sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)

Cara :

1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.

2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.

3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.

4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.

5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry, esen strawberry dan pewarna merah.

7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7” atau 8”x8” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.

8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.

9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.

Nota:

Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1 plain 1 merah, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.

Cerita Pasal Bawak Kereta Manual - citer lawak

Dikisahkan cerita...masa tu saya balik rumah mak mertua..dia ada keta kancil tau..manual le tapi..saya ni dah lama giler x bawak kereta manual nie..manjang bawak yang auto jek..so sbb nak masak barang xde..kena le saya bawak gak keta kancil dia gi kedai..naik le reramai ngan adik ipar le..anak buah le..termasuk le amoi kecik (anak saya le tuh..). Ceh..hampeh..susah tul..dah 13 tahun wei x bawak keta manual nie..memang suasana lawak giler ah dalam keta sepanjang perjalanan gi kedai tuh (x dapat nak digambarkan dengan kata-kata)..sampaikan balik umah tuh..anak saya ckp ngan opah dia..." opah..funny lah mama bawak keta opah tuh..macam naik kuda ..yeeeehaaaaaa.." Haa..dapat tak korang bayangkan camane keadaannya tuh..macam naik kuda...korang pikirlah sendiri...

Ha selamba je dia kutuk mak dia kan..pastu tak cukup tu lagi..Abah dia balik..pun dia story gak..siap ngan bunyi yeeeeeeehaaaa tu skali..

hmmmm...hampeh tul...

Ukiran Buah

Dulu masa saya kahwin, meja makan berdamai kami mak mertua saya buat ada hiasan ukiran buah...so bila adik ipar saya nak kahwin, mak minta le saya cuba buatkan ukiran buah untuk meja diaorg pulak..sebab...kengkononnya saya ni kira pandai le buat-buat kerja keras tangan nie..diaorg le ckp..bukan saya ckp tau..(hehehe..dulu upah orang buat...skang orang tu dah pindah...xleh le nak upah lagi..jadi upah je le bidan terjun..ha nah kau..terjun keparit jadinya..)
Saya pun menggagau le cari sini sana dlm internet..cari video youtube le apa le..jumpa le ada satu tu yang tunjuk cara buat ukiran buah tembikai nih..
Oh ya..kat kampung saya panggil meja makan berdamai...biasa orang panggil meja makan beradap..saya pun heran kenapa panggil makan berdamai ek..agaknya sbb masa makan tu orang makan cam sopan dan cam berdamai-damai jek keluarga kedua-dua belah mempelai kot...ha kalau yang panggil meja makan beradab tu yelah kita faham ek..makan sesopan gituh..beradab le tuh..hehehe...apa-apa ajelah..
Jeng..jeng..jeng...ada ka rupa buruk lagu tuh..(hei..ni percubaan pertama tau..jangan dihena-hena..)



Nie plak..timun ngan lobak yang telah di kerastangankan olehku..Sori ye..gambo tu kudap-kudap jek kaler dia..camera hp kurang sharp le..

Acar Buah


Saya sebenarnya tak pernah terfikir nak buat acar buah nie..tapi sebab mak mertua (maid saya dulu cakap buat lawak le..mak motokar...kuang ajo ek...tapi tu lawak bodo jek..xde kena mengena ngan yang idup ataupun mati..).....mak mertua saya hehehe..ibu mertuaku nak masuk hospital buat pembedahan lutut dia, so saya pun try-try le buat acar buah nie nak amik ati dia..kira-kira nanti lauk spital kalo tak berapa selera..bole le makan ngan acar buah ni..orang tua-tua kan suke makan acar buah..

Assistant Dapur posing sampai terangkat kaki..hik..hik..hik..
Korang mesti tefikir kenapa ada 3 bekas..kalo korang terfikirlah..kalo tak pun xpe..Sebab musababnya ada 3 bekas tuh..1 utk Mak Johor (panggilan utk mak mertua saya), 1 utk Abah kat Simpang Renggam dan 1 satu lagi utk saya sendiri lah kat umah..Abih..nak le makan jugak..


Resepi dia:-
1. jeruk limau
2. Jeruk Peach
3. Jeruk Mangga
4. Kismis hitam dan kuning
5. Buah Prune
6. Jeruk Plum
7. Lobak masin
8. Bawang putih Bawang Merah

Acar buah versi mom in law Kak Lynn Hassan
A:

1 tsp ketumbar biji
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih

sangai semua, blend @ tumbuk sampai hancur

B:
cili kering dibuang biji (ikut pedas)
bawang merah kecil
bawang putih kecil
halia
(semua bahan B digoreng dengan minyak sikit sebelum dikisar agar tahan lama)

C:
Bawang merah kecil
Bawang putih
(tak payah potong, gaul dengan sikit garam, rendam dengan cuka)

D:
Buah-buah jeruk
Gula
Cuka (saya guna Apple Vinegar)
Bijan disangai

Cara :
1.Panaskan minyak, tumis bahan A & B sampai wangi, garing
2. Masukkan bahan C dan buah-buah jeruk, kacau. Masukkan gula dan cuka ikut rasa (cuka x perlu banyak sebab nanti buah2 jeruk jadi terlalu masam).
Kacau sampai naik minyak dan pekat. Tutup api, bila sejuk, taburkan bijan.

Kuantiti bahan2 seperti bawang2an, cili, cuka, gula dan bijan ikut berapa banyak buah, agak-agak ajer. Minyak untuk tumis, kalau boleh banyak sikit, biar agar berkilat.

Kek Lapis Kukus Velvet Haw Flakes





Resepi kek nie saya tak ingat plak amik dari mana..cuma yang pasti dari internet lah..hehehe..sebab nak rasa sangat Kek Lapis Kukus Haw Flakes nie camane rasa dia..saya pun buat le satu.. ;)


Bahan-bahannya:-

5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sudu kecil rata baking powder*
1 sudu besar ovalette
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna ikut suka (saya guna hijau, merah dan kuning macam traffic light..hahaha..)
haw flakes (letak le secukupnya)

Cara-caranya:-

Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.

Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan saya ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

Kek Coklat Milo Kukus

Oleh kerana teringin nak makan kek coklat kukus..saya buat le untuk berbuka ari nie..resepi dia saya ambil dari blog Brother Rozzan...macam biasa..hehehe...

Bahan-bahannya:-

A
1/2 cwn koko
1/2 cwn milo
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn air milo dlm kotak (patut guna 1 cwn susu cair...tapi dah takde susu cair..saya bantai guna milo kotak)
1 cwn gula kastor
1 cwn butter cair

B
1 1/2 cwn tepung gandum
1 camca teh Baking powder
1 camca teh Bicarbonat soda

C
3 biji telur

Cara-caranya:-

Bahan A dimasak sampai larut dan disejukkan..pukul bahan C sampai kembang dan masukkan dalam A yang telah sejuk..gaul rata...kemudian masukkan bahan B yang telah diayak bersama...kaup balikkan sampai rata..masukkan dalam loyang dan kukus sampai masak...


Ni pembantu dapur saya..



Ha..siap posing tuh..



Oleh kerana malas nak balut loyang dengan aluminium foil, saya guna bekas plastik nie..




Taraaaa..dah siap..


Kek ni tak letak chocolate ganache sebab kat rumah dah takde coklat masak..so sebab bulan puasa ni malas nak keluar-keluar sangat pegi kedai..saya biar je kek ni tanpa ganache..hehehe..
Cuma kalau nak sedap..memang elok letak ganache..cantik lagi...boleh hias-hias nanti..kalau nak buat chocolate ganache, saya biasa guna coklat masak + butter sikit + whipped cream...agak-agak je sukatannya..pandai le korang rasanya..pastu cairkan semuanya guna cara double boiler..









Sayur Campur Kacau Goreng

Bahan-bahannya:-

Kacang peas / sweet peas
Lobak
Jagung / baby corn
Capsicum
Sos tiram
Minyak bijan -sikit je
Perencah Cukup Rasa Maggie
Minyak masak

Cara-caranya:-

Panaskan minyak, masukkan sayur-sayuran, sos tiram, minyak bijan dan perencah Cukup Rasa Maggie..(betulke eja maggie cam tu)...takpelah..
Kacau goreng sampai masak...

Udang Bersos Tomato Bawang Putih

Hahaha...suke..suke..nie senang giler buat dia...cuma perlukan sebungkus perencah Lee Kum Kee cam dalam gambo kat bawah nie..

Siapkan udang..potong sikit janggut udang tu dan bersihkan dia..pastu panaskan minyak, kacau goreng udang, then bila udang dah masak..masukkan pulak sos segera tadi...kacau rata ....dah siap..
Senangkan? Sedap dan menyelerakan untuk dibuat lauk bersahur...