May 27, 2011

Apa nak buat kalau jiwa kacau??



Hari ni Jumaat..penghulu segala hari...tapi semalam Khamis..kelmarin Rabu..dan esok pulak Sabtu.. Arrrgh!!! pesal tak hari-hari Hari Ahad? Aaaaaaa!!! Bengang! Bengang!!

Dah banyak hari jiwa aku kacau..huhu.. makan tak kenyang, mandi tak basah tapi bukan bercinta...kepala serabut, hati nak marah tak tentu pasal..tapi xde masalah..jadi kenape ye?? kena mak esah ke aku ni??? naudzubillah..............

Tiba-tiba pada pagi Jumaat yang mulia ni..aku teringat zikir Ya Allah..sambil2 buat kerja tu aku berzikirlah dalam hati..Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah......sehingga akhirnye aku rase aduhai.. ringan sikit kepala ni..apa bende yang aku kusutkan pun aku tak tau..tapi yang pasti kekusutan aku semakin hilang lepas aku zikir Ya Allah tu..masya Allah..subhanallah...sob sob insaf..

Aku pun terpikir..Kenapalah benda paling senang tu kita x buat yek? Kalau hati tenang semua keja jadi senang..Ampunkanlah hambamu ini Ya Allah kerana selalu melupakanMu...

Zikir harian ni kita baca dengan jumlah 1000x je sehari. Aaa jangan ngelat tau! So tunggu apalagi? Jom zikir :)

p/s: klik kat gambar yek untuk imej lebih jelas




August 24, 2010

Mekap Untuk Mata - Video Tutorial

Saya memang tak pandai nak pakai mekap-mekap nie..tapi teringin le gak nak try untuk raya nie..so cari-cari dlm youtube..jumpa video nie..jom..lets share..


August 22, 2010

Surat PIN Google Adsense

Pandangan dari belakang surat


Yahoo..! Dah dapat PIN no untuk akaun Google Adsense!! Tak sabo nak memasukkan no code tu..Agaknye appeal ari tu diterima kot hehe....

Sekali bukak2 huh! hampeh belaka....Google dah reply appeal email hari tu.

Dia ckp : "Thank you for your appeal. We appreciate the additional information you've provided, as well as your continued interest in the AdSense program. However, after thoroughly re-reviewing your account data and taking your feedback into consideration, our specialists have confirmed that we're unable to reinstate your AdSense account." ...kuang..kuang..kuang!!

Dah le minah ko simpan je lah surat tu buat bungkus tempe ke ikan kering pekasam ke ..Xde maknenye lg.. Motif kisah ni adalah : kalau akaun korg dh kena ban tu x payah la nak merayu ke apa, buat je lah akaun baru ok.

August 20, 2010

Himpunan mudah disuai padan

Rekaan Najjah dihasilkan dengan mengambil kira ciri-ciri sebenar busana Muslimah selain praktikal digayakan.

SERING kali wanita mudah bosan dengan pakaian sedia ada dalam gerobok mereka. Ramai wanita inginkan kelainan dalam penampilan setiap hari.

Ada yang gemar membeli pakaian baru dan ada pula menyuai padan himpunan yang ada.

Bagi wanita Muslimah, himpunan yang mudah disuai padan jarang diperoleh disebabkan tidak banyak butik menyediakannya.

Menyedari keinginan wanita yang ingin tampil berbeza dalam setiap acara, mendorong personaliti TV9, Farah Adeeba Mohamed Ashraf menghasilkan himpunan Najjah yang dijual menerusi dalam talian www.najjah.com manakala Butik Najjah akan dibuka Ogos ini di Kota Damansara.

Najjah benar-benar memenuhi kehendak wanita Muslimah yang inginkan gaya menutup aurat sepenuhnya. Pakaian disediakan berukuran besar, labuh dan tidak jarang.

"Saya sendiri sukar memilih pakaian menepati ciri wanita Muslimah. Sebab itu saya tampil dengan himpunan pakaian seperti jubah, gaun dan kardigan labuh, baju kurung, blaus, seluar palazo, tudung serta perhiasan yang boleh disuai padan," katanya yang sepakat membuka butik bersama seorang rakan selepas menyedari permintaan pelanggan.

Menurut Farah Adeeba, himpunan Najjah boleh disuai padan mengikut kehendak sendiri. Misalnya, blaus boleh dipakai bersama kain, seluar atau skirt labuh.

Baju kurung pula boleh dipakai bersama seluar denim kemudian dihias tali pinggang.

"Dengan cara ini pelanggan hanya perlu membeli pakaian asas yang ada di Najjah kemudian boleh disuai padan dengan pakaian sedia ada atau boleh juga mendapatkan pakaian terkini di Najjah yang pastinya sesuai untuk semua gaya," katanya.

Melihat warna pakaian, Farah Adeeba mahu menyerlahkan sesuatu yang jarang dijual di pasaran. Warna terang serta gabungan rona kontras menjadi pilihannya selain warna pastel lembut seperti hitam, putih, coklat atau kelabu.

Ini kerana warna ini sudah terlalu biasa dan sering menjadi tema berpakaian.

"Saya meminati warna lembut manakala rakan saya memilih warna terang. Jadi idea ini digabungkan dan digarap pada pakaian.

"Pasti nampak lebih moden dan versatil apabila wanita berani mengenakan gabungan pakaian merah jambu dan hijau terang," katanya.

Bagi penggemar tudung, mereka boleh memilih pelbagai rekaan dan corak tudung sama ada selendang, tudung Syria atau tudung siap dengan jahitan labuci dan manik. Kebanyakan tudung menggunakan fabrik lycra kerana lembut dan tidak panas.

"Istimewanya tudung Najjah kerana lain daripada lain. Kami menggunakan warna yang jarang dijual di pasaran. Lebih menarik apabila tudung dijahit labuci serta manik menjadikan rekaan lebih eksklusif," katanya.

Farah Adeeba sangat mementingkan kualiti serta keselesaan pelanggan justeru, fabrik serta rekaan sangat dititikberatkan.
Antara koleksi Najjah:-

ANGGUN...untuk yang berani, tampil anggun dengan gaun labuh dipadankan selendang Syria
HITAM MENAWAN... blaus hitam labuh dipadankan seluar palazo putih

SANTAI...rona merah jambu untuk tudung dan blaus dipadankan seluar hitam kembang
BAJU KURUNG... warna terang tampil menawan. Baju kurung merah jambu polos dipadankan selendang hijau
Bersesuaian dengan keadaan cuaca yang panas dan lembap, pemilihan kain kapas kemeja-T serta lycra menjadi pilihan. Untuk himpunan kasual, ia dijual pada harga RM100 ke bawah manakala himpunan eksklusif di bawah RM500.

http://www.najjah.com/ (012-2132786/013-7702739).

Source : Harian Metro
By : Siti Zarinah Sahib
16 Jul 2010
Edited by Jumperjoy


--------------------------------------------------------------------------------
Previous Page

Lengan Kembang Payung


Rekaan inovasi busana Muslimah daripada butik Sentuhan Jelita untuk Aidilfitri

Selain kesedaran dan kefahaman terhadap suruhan agama, industri fesyen Muslimah yang semakin meriah juga dikatakan menjadi pendorong utama untuk mereka beralih kepada gaya sopan.

Sehingga kini, pakaian gaya Muslimah mempunyai pengikut tersendiri sehingga mendorong penggiat fesyen untuk lebih aktif menghasilkan persalinan Muslimah selari aliran fesyen semasa.

Tiada lagi kurung longgar atau jubah labuh tanpa potongan kerana pentas gaya Muslimah kini dilihat semakin ceria dan penuh gaya.

Pemilik Butik Sentuhan Jelita, Fendi Osman, berkata Islam tidak pernah melarang umatnya bergaya asalkan ia masih dilakukan mengikut lunas yang ditetapkan agama.

"Di Sentuhan Jelita sendiri, kami sememangnya menjaga setiap produk yang dikeluarkan demi menjaga nama baik agama dan memelihara wanita Islam supaya berpakaian sopan menutup aurat.

"Justeru, walaupun rekaan yang dihasilkan tampak moden, jika diteliti, ia tetap menjaga penampilan Muslimah supaya kelihatan manis dan sopan," katanya.

Bersesuaian dengan kredibiliti jenama ini yang sudah bertapak sejak empat tahun lalu, Fendi mengakui inovasi pereka memainkan peranan penting di dalam menghasilkan busana Muslimah yang menawan.

"Terbaru adalah koleksi Aidilfitri daripada Sentuhan Jelita yang banyak mengetengahkan helaian jubah seluar dan jubah moden dengan perincian manik unik untuk digayakan pada pagi lebaran.

"Bukan hendak menafikan keindahan pakaian tradisi, tapi kami ingin mempelbagaikan fesyen Muslimah supaya kelihatan lebih stailo dan terkini," katanya.

Perincian digunakan diperbuat daripada manik Jepun dan juga tatahan kristal Swaroski yang tidak terlalu sarat pada material seperti sifon, lycra dan fabrik bercorak flora.

Sentuhan Jelita juga banyak bermain dengan inovasi pada bahagian lengan jubah dan pastinya lengan belon (puff) dan cekak (cuff) masih menjadi taruhan.

"Jubah moden dengan lengan kembang payung juga diramalkan menjadi rebutan ramai kerana gaya dramatik membuatkan ia kelihatan menawan," katanya.

Fendi berkata, menariknya di dalam koleksi jubah terbaru itu, pelanggan juga berpeluang memiliki rekaan jubah digelar Jubah Datuk Siti diperbuat daripada sifon dengan potongan garis empayar (empire line).

"Memandangkan saingan fesyen Muslimah amat sengit ketika ini, kami menukar gaya fesyen di butik setiap minggu. Selain bertujuan untuk menarik kedatangan pengunjung melalui penggayaan fesyen yang pelbagai, butik kami juga turut melakukan diskaun antara 10 hingga 50 peratus bagi barangan terpilih setiap bulan," katanya.

INFO
Butik Sentuhan Jelita
* Lokasi: No 3F-20, Tingkat 3, SACC Mall Shah Alam.
* Koleksi Aidilfitri Sentuhan Jelita boleh didapati pada harga antara RM98 hingga RM299 mulai penghujung Julai ini.
* Telefon: 03-551 24406 - Puan Junaidah



Source : Berita Harian
By : Siti Nur Almizan Aripin
16 Jul 2010
Edited by Jumperjoy