August 12, 2010

Tapai Pulut

Best buka puasa dengan tapai pulut ngan ice cream...selalu beli tapai pulut yang sedap kat pasar malam Seksyen 16, Bangi tu...makcik tu memang pandai buat tapai..sume tapai dia sedap..ada tapai ubi, tapai pulut (putih) & tapai pulut hitam.

Tapai makcik tu elok je tahap kemanisannya..tak manis sangat macam sesetengah tapai tu. Oleh kerana hubby suka sangat makan tapai, nak impress dia saya pun try le buat sendiri..hehehe..saja je..



Saya beli sekilo pulut susu dengan 2 ketul ragi..tapi guna seketul je..kata orang kalau terlebih ragi nanti tapai kuat sangat gas dia..so ikut le resipi dari majalah Rasa yang saya beli 6 tahun dulu.

Dengan semangat berkobar-kobar nak tunjuk kita pun pandai buat tapai..saya kukus pulut yang saya dah rendam semalaman lepas hantar amoi kecik pegi sekolah..





Raginya saya hancurkan dalam beg plastik guna 'doh roller'. Saya beli dua ketul tu harga dia RM1.40 je..



Lepas pulut dah betul-betul sejuk atas talam..baru taburkan ragi guna tapis teh tu supaya dia rata..kalau pulut tak sejuk betul..nanti tapai akan jadi masam..katanya lah..hehehe..


Gaulkan ragi tu rata-rata atas bawah pulut...



Pastu pulut tu saya kepal-kepal kan jadi bola-bola kecik..saja nak bagi nampak cantik..hehehe..
Saya guna balik bekas plastik yang saya kumpul tiap kali beli tapai atau taufu fa. Dah siap sume, saya bungkus plak tapai ni guna tuala lama yang bersih, letak kat dalam stor...3 hari tau..baru dia jadi..


Taraaaa...ni dia..yum..yum..yum..sedappppp...






No comments:

Post a Comment

Post a Comment